Itu pun ada rakan yang gagal memahami peri pentingnya hal kertas kerja terutama hal-hal yang membabitkan kewangan dengan peruntukan yang kasar.Namun apabila ada yang secara positif dan melihatnya sebagai satu ruang yang boleh dimanafaatkan maka kelompok rakan ini mahukan contoh.
Oleh itu saya memilih untuk berkongsi penghasilan dan tatacara permohonan di blog ini agar dapat dimanafaatkan secara bersama dan lebih global. Melalui penulisan kertas kerja yang bertajuk PROGRAM NAIK TARAF KELAS PENDIDIKAN KHAS - UNIT PENDIDIKAN KHAS SMK BULOH KASAP, SEGAMAT. Alhamdulilah. Sekolah kami memperolehi komputer baru secara sumbangan wakil rakyat DUN Buloh Kasap. Terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Othman Bin Jais Adun Buloh Kasap yang tidak pernah menghampakan saya. Sewaktu bertugas di SMK Gemereh iaitu sekolah lama sebelum saya memohon tukar pada akhir 2009, YB Othman juga tidak menghampakan apabila saya menghasilkan kertas kerja untuk Projek Perpustakaan Mini Pendidikan Khas SMK Gemereh. Seorang YB yang dapat bertindak secara rasional tanpa memilih ideologi rakyat yang datang memohon. Menyertakan surat permohonan yang ditandatangi oleh pentadbir sekolah. Menghantar surat permohonan beserta kertas kerja sebelum berakhir Febuari ( Wakil rakyat akan membawa kepada kerajaan negeripusat dan peruntukan akan diperolehi pada Jun atau Julai) Sesungguhnya dalam buku KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS ada saya sertakan proses penghasilan kertas kerja dan contohnya. Cuma untuk sesuatu keperluan, guru-guru perlu berani berkreativiti dengan pengubahsuaian mengikut target yang dikehendaki berdasarkan projekprogram yang dirancang. Ianya perlu diubahsuai mengikut keperluan sesebuah sekolah berdasarkan apa yang hendak dipohon oleh sekolah masing-masing. Secara jujurnya ada rakan yang memohon contoh kertas kerja Naik Taraf Kelas tersebut. Saya telah beberapa kali cuba untuk menyalinnya (secara copy dan paste ) ke dalam blog ini tetapi gagal. Atas rasa kebersamaan dan perkongsian ilmu sekiranya rakan-rakan memerlukan contoh kertas kerja tersebut sila hubungi saya melalui FB (Pujangga Seni). Insyallah akan saya hantar melalui mesej. ![]() In fact, fueling this influential instinct is so binding to getting the best possible relationship with your man that the instance you send your man a Secret Signal..Youll instantly notice him expose his soul and heart for you in a way he havent experienced before and he will distinguish you as the only woman in the world who has ever truly attracted him. Copyright 2010 PELANGI SYURGA - Bloggerized by Lasantha - Premiumbloggertemplates.com Affordable HTML Templates from Herotemplates.com Design by Web2feel and FabThemes.com.
0 Comments
Leave a Reply. |
Details
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |